Thursday, March 17, 2011

TAULADAN KEPADA PELAJAR DAN KELUARGA

20 pelajar asrama penuh dibuang jentik dahi junior

WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian  yang dihantar   kepada mereka, semalam.
WARIS pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu tunjukkan surat pemberhentian yang dihantar kepada mereka, semalam.
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, di sini dibuang sekolah berkuat kuasa Khamis lalu selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu.

Mereka diarahkan pulang pada petang hari kejadian, sebelum pihak sekolah mengambil keputusan membuang semua pelajar terbabit selepas mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Khamis lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdullah Saat, berkata pelajar terbabit boleh mengemukakan rayuan melalui Bahagian Pendaftar Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dalam tempoh sebulan.

“Bagaimanapun dalam kes ini, ia akan dirujuk kepada Kementerian Pelajaran kerana ia berstatus sekolah asrama penuh. Jika sekolah biasa cukup sekadar Jabatan Pelajaran Negeri (membuat keputusan). Namun, keputusan membuang pelajar atas kesalahan disiplin adalah hak sekolah selepas meneliti kesalahan itu adalah berat dan mengikut peraturan yang ditetapkan,” kata ketika dihubungi.

Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan tidak puas hati ibu bapa dan penjaga yang menyifatkan ia terlalu drastik dan tidak dimaklumkan kepada mereka terlebih dulu hingga boleh menjejaskan persiapan anak mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Oktober ini. 

Walaupun mengakui perlakuan itu melanggar disiplin, mereka beranggapan pihak sekolah sepatutnya memberi peluang kedua kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit. 

Seorang bapa, Jasni Mohd Noor, 44, berkata pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada semua pelajar dan mengenakan hukuman lain yang tidak membabitkan tindakan buang sekolah kerana ia boleh menjejaskan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM nanti. 
Bekas guru itu berkata, pihak sekolah juga tidak memaklumkan kepada penjaga mengenai tindakan itu dan hanya mengarahkan anak mereka keluar dari asrama pada 25 Februari lalu. 

“Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab sukar bagi kami untuk mencari sekolah yang sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat. Mereka akan menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak mempunyai aliran itu. Saya bimbang mereka tidak dapat memberi tumpuan,” katanya semalam.

Seorang lagi bapa, Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata pihak sekolah sepatutnya boleh bertolak ansur daripada mengambil tindakan yang terlalu keras.

Beliau mendakwa hanya mengetahui tindakan itu melalui surat yang dihantar menerusi pos laju ke rumahnya oleh pihak sekolah pada Ahad lalu. 

“Tiada laporan polis dibuat dan tiada sebarang laporan doktor berhubung kejadian itu. Selain itu, sekolah tidak memaklumkan kepada ibu bapa apabila pelajar terbabit diarahkan keluar asrama, sebaliknya hanya dihubungi anak sendiri,” katanya. 


*******************************************************************
Berpandukan tulisan nada terkini,nada alam bersetuju dan menyifatkan tindakan pihak jabatan pendidikan negeri,pihak sekolah dan PIBG adalah tepat dan sangat relevan sebagai langkah awal menangani,mengawal dan mengharmonikan sesebuah pusat pendidikan yang cemerlang seperti ini.

Begitu ramai anak-anak yang sepatutnya layak tidak berpeluang memasuki sekolah sebegini,oleh itu sepatutnya mereka harus bersyukur dan menunjukkan tanda terima kasih dalam apa jua cara termasuklah belajar bersungguh-sungguh,menjaga disiplin,menjaga nama sekolah,guru-guru dan ibubapa.


Memang betul...tindakan ini amat memeritkan dan kasihan,tidak kiralah pada pelajar mahupun ibubapa,apalagi kepada yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini,segala harapan dan pertaruhan ibubapa selama ini juga turut menjadi kelam.Tetapi mereka harus faham dan sedar,untuk menjadi sekolah yang terbaik bukan sahaja semata-mata bergantung kepada akademik yang cemerlang tetapi tahap disiplin juga haruslah cemerlang..bukan kerana nila setitik akan merosakkan susu sebelanga,kasihan kepada sekolah,guru-guru dan pelajar-pelajar yang sentiasa berhempas pulas untuk menjadi yang terbaik.. 


Nada alam yakin setiap keputusan yang telah dibuat ada asasnya,termasuklah mematuhi syarat-syarat dan terma-terma  yang telah dipersetujui bersama sebelum ini..


Jadi,ibubapa haruslah faham dan tidak wajar untuk melenting sehingga mencemarkan nama sekolah dan guru,terimalah hakikat yang sebenar....  

Thursday, March 3, 2011

GANTUNG DIRI KECEWA BERCINTA

MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.
MALANG...anggota polis menurunkan mayat mangsa.
MELAKA: Sebaik bertukar kerja di sebuah kilang di negeri ini lebih dua minggu lalu sikap seorang remaja tiba-tiba berubah begitu ketara sekali hingga menimbulkan rasa pelik kepada ahli keluarganya.
Malah, dia juga kerap dilihat bersembang menggunakan telefon bimbit selain berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan seseorang dipercayai teman wanitanya setiap hari.

Kelmarin, selepas memperoleh gaji, dia memberitahu rakan mengenai rancangannya untuk bercuti cuti selama tiga hari bermula semalam untuk pergi ke kampung kekasihnya, seorang gadis Orang Asli di Gapam, Jasin.
Namun, keluarganya menerima berita mengejutkan pagi semalam apabila remaja terbabit ditemui mati apabila mayatnya ditemui tergantung pada sebatang pokok jambu di Lorong Taman Ayer Keroh Height (TAKH) 7, dekat sini.

Difahamkan, akibat masalah cinta, remaja terbabit, Deklies Anak Dely, 19, berketurunan Bidayuh dari Kampung Sebobok, Bau, Sarawak itu nekad menggantung dirinya.

Mayat mangsa yang memakai kemeja-T lengan panjang putih, berseluar jeans dan kasut hitam serta membawa sebuah beg kecil ditemui seorang wanita di taman terbabit yang keluar berjoging sebelum memberitahu kepada penduduk lain yang menghubungi polis.
Menurut seorang saudaranya hanya mahu dikenali sebagai Alice, 36, sebelum bekerja di negeri ini, mangsa pernah bekerja di Singapura dan di Kuala Lumpur selama beberapa bulan.

Katanya, selepas Tahun Baru Cina lalu, mangsa kembali semula bekerja di sebuah kilang aluminium di Bukit Beruang.
“Malam tadi (kelmarin) saya lihat dia kelihatan biasa saja ketika menonton televisyen. Kami sekeluarga langsung tidak tahu bila dia keluar dari rumah sebelum disedari ibu saudaranya.

“Saya terkejut apabila seorang jiran memberitahu mengenai penemuan mayat seorang lelaki dipercayai membunuh diri kira-kira jam 9 pagi sebelum bapa saudaranya pergi melihat sendiri untuk memastikan perkara itu,” katanya yang tinggal berjiran dengan mangsa.

Menurutnya, dia perasan perubahan sikap mangsa yang gemar bersendirian ketika berbual dengan telefon bimbit dan berbalas SMS dengan seseorang.

“Saya syak dia mungkin putus cinta hingga sanggup ambil tindakan begini. Sebabnya saya difahamkan dia ada beritahu rakan sekerja dia hendak bercuti tiga hari untuk pergi ke rumah teman wanitanya di perkampungan Orang Asli di Gapam.

“Sungguh tidak sangka dan kami sekeluarga amat sedih dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Saksi, Zali Md Yunus, 45, berkata dia dan seorang rakan bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kejadian itu daripada seorang penduduk kira-kira jam 7.30 pagi.

“Pada mulanya saya diberitahu penemuan mayat seorang pelajar menggantung diri di sini kerana mangsa memakai baju berwarna putih dan keadaan di situ agak terlindung dengan pokok selain sering dijadikan tempat pelajar melepak .

“Namun, sebaik tiba saya terkejut melihat sekujur tubuh lelaki dalam keadaan tergantung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, Balai Polis Ayer Keroh menerima maklumat awam kira-kira jam 8.20 pagi sebelum sepasukan polis tiba melakukan siasatan di tempat kejadian.

Moral:  Walaupun berbeza agama dan bangsa, pegangan agama adalah amat penting dalam kehidupan. Tanpa  kekuatan iman, manusia akan kecundang. Yang pasti  walau apa agamapun didunia ini tetap mengharamkan perbuatan bunuh diri..

Ibu Jual Anak..

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila tergamak menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.
Lebih tragis, wanita terbabit yang berusia 30-an turut bekerjasama dengan anak angkat lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah bekas suaminya sehingga cedera selepas lelaki itu marah dengan tindakannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di tempat kerja lelaki berusia 43 tahun itu di Taman Wilayah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijual kepada seorang lelaki dengan harga belasan ribu ringgit dan kanak-kanak itu dilaporkan kini berada dalam jagaan keluarga pembelinya di Pahang.
Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata lelaki itu dalam laporannya memberitahu dia beberapa kali menghubungi bekas isterinya selepas mendapat maklumat wanita terbabit menjual anak mereka.

“Dalam perbualan telefon, bekas isteri mangsa mengaku sudah menjual anak mereka menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu tidak berakhir di situ apabila bekas isteri mangsa bersama anak angkatnya datang menyerang mangsa di tempat kerjanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum mendakwa tidak takut kepada bapa angkatnya itu selain berani berdepan pihak berkuasa.

“Selepas itu, remaja terbabit memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka. Bekas isteri dan anak angkat itu kemudian meninggalkan mangsa,” katanya.
Zainuddin berkata, mangsa membuat laporan polis.

“Kepantasan pihak berkuasa bertindak membuahkan hasil apabila bekas isteri mangsa dan anak angkatnya itu ditahan kurang sejam selepas laporan polis diterima berhampiran rumah mereka.

“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan berada di Pahang dalam jagaan satu keluarga yang didakwa membelinya,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.

Menurutnya, wanita terbabit dan anak angkatnya kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit bercerai kira-kira setahun lalu dan tindakan wanita itu menjual anak kandungnya untuk mendapatkan wang dipengaruhi anak angkatnya berikutan dia tiada pekerjaan tetap.

Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka supaya menggunakan saluran betul untuk menyerahkan zuriat itu untuk jagaan pihak lain dan bukan menjual anak mereka seperti barang dagangan.

Wednesday, March 2, 2011

Suami pergi bekerja, isteri asmara depan anak


KULIM: Seorang isteri berusia 23 tahun yang mempunyai dua anak sanggup bermain kayu tiga
apabila ditahan berkhalwat bersama kekasih gelapnya dalam kejadian di Kampung Padang
Tembak, malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, perbuatan durjana wanita berkenaan dilakukan di rumahnya sendiri
ketika suaminya bekerja dan di depan dua anaknya berusia enam dan setahun setengah.

Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab
berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, suami wanita berkenaan yang dihubungi penduduk
 kampung pulang ke rumahnya sebelum mendapati kekasih gelap isterinya berusia 20 tahun
berbaring di sofa.

Katanya, berang dengan tindakan isteri dan lelaki berkenaan, suami yang berusia 25 tahun
 terbabit memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan lanjut.

“PADK menerima aduan kira-kira jam 9.30 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Setibanya di rumah berkenaan, kami dapati berlaku pergelutan antara suami wanita itu
 dengan kekasih gelap isterinya,” katanya.

Saturday, February 26, 2011

Gelagat Siswa Iblis

7 siswa iblis- Apabila Akhlak diAbaikan, Nafsu Menjadi Raja

Begitu menggemparkan. Tapi inilah hakikat yang perlu ditelan. Walaupun belum dibuktikan bersalah, tetapi sedikit sebanyak isu ini begitu membimbangkan. Ayuh bersama kita hayati kisah yang begitu menyedihkan ini.

KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.
sumber : Harian Metro online